Tuesday, December 29, 2009

|| selamat kau masih budak ||

.
.
.
ketika keringat masih lagi membasahi tubuh, badanku masih terasa penat kerana meracun parasit yang tumbuh meliar di kawasan kebun ayahku. aku duduk berehat di anjung rumah usang yg hampir satu abad usianya sambil menikmati kopi yg dibancuh mak long. siaran radio johor dipasang oleh atuk sedang rancak memainkan lagu2 zapin yang kadangkala sedap juga bila didengar. angin yang meniup nyaman cukup untuk membuatku mengelamun sendirian sampai tidak sedar kehadiran anak saudaraku REMY.

" pak usu pandai shuffle x? " kata remy yg baru berusia 7 tahun dengan tiba2 lantas menghentikan lamunan ku sedang bercuti di sabah.

" huh, kenapa ko nih? pergi main jauh2. aku nk layan lagu zapin ni!" tegasku kepadanya.

" ala..remy tanye jer, xreti cakap la xreti " balas anak saudara ku dengan nada yg sinis.

" retila, tapi malas nk tunjuk..pak usu penat" kataku dengan nada yg teramat malas.

" eleh, ye la tue...kalau pandai jom ar kita lawan! " cabar si remy sambil menarik2 tanganku.

" ko nie, tak nampak ke aku tengah penat nie, pergi la ajak atok ngah(ayah aku) tu...dia lagi power dari pak usu" balas aku sambil menunjuk ke arah ayah aku yg sebuk dengan parang dan tong racunnya.

" tanak2, nk pak usu gak, nk pak usu gak" dengan nada yg mengada2.

" ok2, remy buat dulu... nanti pak usu buat plak" pujuk ku..

tanpa membuang masa, dengan berlatarkan lagu zapin dari siaran johor itu, remy memulakan tarian shuffle dengan bersungguh sungguh. tergelak aku melihat perangai anak saudara aku ni. setelah hampir 5 minit budak kecil tu menari, dia berhenti kepenatan. lalu berkata,

" haa, remy da buat..sekarang pak usu lak " kata remy dengan mengah kerana kepenatan.

" eerkk, sebenarnya pak usu xreti la remy " kataku malu2.

" pak usu nie, blaja jer tinggi2..remy baru darjah 1 pon tau shuffle..lenkali kalau xtau, g la tgk kt tenet (utube)!!! " herdik remy dengan muka yang masam, lalu dia pergi meninggalkan ku kebingungan sendiri.

"eh budak nie, selamat ko budak lagi...kalau tak, mau aku parang kepala kau!!! kuaja!" aku bermonolog sendiri.

aku terkesima dengan kata-kata anak saudara ku tadi...waktu aku darjah 1, aku pun tak tahu apa itu komputer...tapi sekarang? hmm zaman dah berubah.. lalu aku pun tersenyum kambing sendiri..



name saye remy

saya suke shuffle

saya juga suka merempit

6 comments:

Anonymous said...

haha..bab merempit tu xleh blah.haha

Anonymous said...

hahahaha.
dats all i can say.
;)

merahitujambu said...

bagus tul.kena perli kaw2 punya..ahaha..budak2 sekrang..dh advance..xcm ko dlu..hingus pon x reti nk lap..ahahah

Anonymous said...

dh bsr dak kecik ni..pak su dia lak makin kecik..ahhaha

Anonymous said...

Hohohooooo tak ku sangka remy pandai shuffle...

Anonymous said...

wakaka..btul2 lu bahan dak remy ni derr..nie msti kes copy pakngah(bangah) dia ni mrempit 1ktike dulu der..kuang3x..