Thursday, January 21, 2010

|| bunyi ||

.
.
.
jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..suasana di bilik prep Form 5 memang lengang dan sunyi. hanya bertamankan bunyi unggas dan kipas yang ligat berpusing melakukan tugasnya. ramai bala tentera sudah terkorban di atas katil, dan beberapa kerat saja yang masih meneruskan perjuangan di kala SPM yang kian menghantui. aku salah seorang prebet yang masih tekun mentelaah buku sejarah dan bertemankan iskan, arip serta dua lagi sahabatku. menguap sudah menjadi mainan mulutku dari tadi,arghh mengantukknya.. tapi aku gagahi juga untuk menghabiskan topik 9.

bersebelahan dengan bilik prep aku, terdapat satu bilik basuhan yang amat jarang digunakan..pernah sewaktu aku di tingkatan 2 atau 3 (maaf da lupa), bilik itu pernah ditutup dari segala aktiviti,sama seperti tandas di tingkat atas blok aspura ni..cerita dari senior terdahulu, dua bilik ini menjadi "laluan" keluar dan masuk "makhluk" tersebut... oleh kerana itu lah, kedua bilik ini dulu ditutup dari digunakan..melihat pada suasana bilik basuhan dan tandas itu pun boleh mendirikan bulu roma yang tak berapa nk ada nie..

topik 9 telah aku khatam, dan aku juga mau ke kamarku menunggalkan sahabat lain yang masih berjuang.. kelakar juga melihat telatah mereka "study" nie, iskan dengan gaya kepalanya tegeleng-geleng macam orang tengah berzikir, arip pulak macam bercakap dengan dinding je.."lantak korang lah" bisik hatiku...

sedang aku mengemas buku, aku terdengar bunyi pili air dibuka, lalu ditutup semula..(*shit)
"sape pulak masok bilik basuh sebelah nie" aku bermonolog sendiri..
aku memandang ke arah rakan ku yang lain, semua seperti tidak mendengar akan bunyi itu..
aku pelik, dan aku menyedapkan hati mungkin perasaan aku saja..

selang beberapa minit kemudian, bunyi pili air dibuka skali lagi...kali ini, lebih jelas..arip memandang ke arah ku...iskan dgn lantang bersuara, "ko dengar x?" die bertanaya..aku terkaku,arip membisu, dua lagi sahabat ku (lupa nama) terkedu (*suasana mati seketika)... iskan nie memang xtau sangat pantang larang melayu, sebab die dari kecil tinggal di Oman..bayangkan, sewaktu tingkatan dua, ayam goreng pun dia tak tahu apekebende tue...sungguh daif :( "apsal la iskan ni tegur bunyi tue" aku berbisik sendiri..aku da mula cuak, iskan yang macam tak faham apa apa pun da mula pucat..

selang beberapa saat, pili air ditutup kembali...kami berempat lega seketika..tiba tiba................ "tang tang tang tang!!" bunyi pintu bilik prep bergegar dengan ketukan yang amat kuat...aku terkesima.."tang tang tang tang!" kali kedua ia diketuk, aku buntu....ketukan itu aku rasa boleh membuatkan semua penghuni asrama bangun dari tidurnya..."tang tang tang tang!"pintu diketuk kali ketiga, mulutku sudah terkumat kamit memaki hamun sapa yang mengetuk pintu tu(*tapi dlm hati je la)..tapi ketukan kali ini, lebih kuat dan ia cukup mencabar kesabaranku kelakianku....aku berjalan ke arah pintu sambil diperhatikan tiga lagi sahabatku....ketukan pintu semakin menjadi jadi...

tang tang tang tang!! "subuh!!subuh!!" jeritan ustaz wan adnan wardenku cukup untuk aku terjaga dari tidur....sambil memukul loker dengan kayunya lalu berteriak "amir amri!!, amende mu dok atah katil agi tue?, harini mu imam..jange mu ghoyak lupo plok" sergah ustaz dengan versi kelantannya... "aduhh!!spoil betul la ustaz neh!!!"



Monday, January 18, 2010

|| xpercaye sudah!!! ||

.
.
.
dikala malam yang sunyi, angin meniup sayu helaian rambutku dan mengerbang lah ia(angin kipas)..kedengaran lagu menyesal nyanyian Ressa Herlambang dari speaker Edifier putih yang berusia hampir empat tahun ini..lunak suaranya, cukup membuatku terkenang kisah-kisah lama rentetan hidupku..lagu nyanyian artis indonesia yang kian popular di tanahmelayu ini, diberikan oleh seseorang kepadaku..sungguh asyik..

"AM!!! td cat farish ngn ahmad idham jumpa bangah kat alamanda" kata-kata abg kesayanganku ini cukup membuat ku terkujat dan erti kata lainnya terkejut lalat(ade ke istilah ni?)

aku lansung tidak perasan dengan kehadiran abang aku ni....


"hishh, wat tekejut je" aku berseloroh..

"yeke? diorang nk mintak otograph ke ape?" sambung ku memulakan bicara..

"abis buat ape agi diorang nk jmpe bangah kalau tak pasal otograph?" jawab abangku selamba..

"perghh gempak seh" aku buat-buat percaya...

"ko xcaye ke?" tanya abangku dengan serious...

"kenapa, nak kena percaya ke?" tanya ku balik (mcm rancangan spontan lak~~sesi soal menyoal)

"kena la caye, bangah kan abang..." jawabnya lalu blah dari bilikku dengan cool nya..


aku tergelak~~"ntah pape abang aku nie" bisikku sendiri.

lalu diberi gambar ni kepadaku :D






Sunday, January 17, 2010

|| jawapan dari seorang teruna ||

.
.
.



mmg syok!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 16, 2010

|| eNtAhlaH ||

.
.
.
suarahati:: apsal kau nie?
aku:: entah la...
suarahati:: kau ade buat salah ke?
aku:: entah la...
suarahati:: kalau ade,mintak maaf...kalau xde kau nk takut apa..
aku:: masalahnya, aku xtau pape...entahlah!!!!
suarahati:: abis sekarang kau nk buat apa?
aku:: entahla...
suarahati:: apa mood kau sekarang?
aku:: entahlah....
suarahati:: kenapa boleh jadi macam nie?
aku:: entahlah...
suarahati:: kau x tanya?
aku:: entahla, tanya tanak jawab plak...
suarahati:: nak aku tolong ke?
aku:: entahlah....

surahati:: sume entah, dah malas aku tanye lagi...
aku:: lantak kau lah, ade aku kesah?
suarahati:: eh, gila ape budak nie?
aku:: kalau aku gila, kau pon gila...
suarahati:: kau la gila, cakap sorang2..
aku:: malas aku layan kau...
suarahati:: aku pun malas gak...

suarahati:: kau taknak tidur?
aku:: nak, tapi aku tak nak tidur ngan kau...kau gi tidur dekat tempat laen k?
suarahati:: ok ok...tak kacau kau dah....
aku:: bagus dengar cakap, bye!!....


**kadang2 mecarut boleh menghilangkan tekanan :)

Friday, January 15, 2010

|| the 1st week ||

.
.
.
semester baru telah bermula...seperti biasa, minggu pertama sesi pembelajaran lah yg paling seronok sekali....

kamu semua: sebab apa mir?
aku: eh sabar la aku nk cerita la nie..jgn gopoh sangat, kawal sikit nafsu tu...

minggu pertama best sebab tak perlu bawak buku, A4 atau sebagainya... lecturer2 yang masuk pasti akan bertanyakan soalan yang sama..

"what your name"
"where do tou live?"
"what's your expectation for this subject?"
"what your interest?"

dan seperti biasa, jawapan yang sama akan ku gunakan setiap semester untuk menjawab soalan2 yang sebegini rupa... (recycle jer ,kadang2 aku ade tambah2 sket bia nmpak jawapan aku tue mcm educated :p )

ade juga staff apiit yang tegur aku, "amir, please dont smile at me,i'm melting and my leg are shaking with ur smile".ahaha itu hanyalah selingan sahaja..(tapi ia pernah berlaku..sumpah aku tipu wehh)
sebenarnya,staff tu cakap macam nie "when you gonna cut ur hair?" aku jawab "soon, miss" hee...rambut pun dah panjang, tapi aku malas nk potong...

kamu semua: kenapa kau malas nk potong?
aku: suka ati aku la, sbok apsl?
kamu semua: kecoh ar kau!!
aku:wakluuuuu!!

aku sambung balik....jadual untuk minggu pertama, boleh tahan la bangang nye....ada dua hari yang mempunyi satu kelas setiap hari..membazir minyak motor, duet, tenaga, perfium, air je. kenapa la scheduler ni tak compile terus satu hari..saje je nak rosakkan harihari bahagia aku.. *sigh

pabila semester ni bermula, aku mempunyai satu masalah belum boleh diselesaikan dalam masa terdekat nie..masalahnye adalah, bangun pagi...dah sebulan aku bangun kol 12 tiba-tiba kena bangun pukul 7a.m lak,adehh..tapi aku agak bernasib baik sebab aku dah ada alarm person yang membolehkan aku bangun pada awal pagi..i'm very appreciate that, thanks a lot...

dah tu jer, aku nak cerita...
maaf tiada plot,intro, klimaks, dan ending yang menarik...
sebab aku sedang sibuk berfacebooking dan berchating :D

p/s: happy birthday mama :p



ini adalah jadual minggu pertama saya...sungguh xbest

Wednesday, January 6, 2010

|| ko mmg coOl aRghh ||

.
.
.
ahmad nazrie bin abd razak.
berusia 27 tahun.
hobi beliau adalah muzik+online game+flirting+bergaya


tidak ada manusia paling "cool" yang pernah ku jumpa selain dia.
segala apa yang dibuat sentiasa "cool".

kelebihannya bermain gitar menampakkannya lebih bergaya.
kulit yang hitam manis ibarat jagung hangus juga seringkali mendapat tempat di hati wanita-wanita yang amat cantik(ni paling aku xpuas hati).


menjadi entertainer di rumah kami, tanpa beliau rumah akan menjadi sunyi..
lawak spontannya sering membuatkan kami tidak kering gusi. mudah mesra kepada sesiapa yang mengenalinya, dan beliau sangat sporting untuksegala apa aspek.

sangat rajin membuat apa jua kerja, dan sangat malas bila suruh die buat
kerja time die sedang mengawal character avatarnya(main game).


walaupon mempunya paras rupa yang agak kacak setanding aku, tetapi masih tidak mempunyai teman istimewa..beliau masih mencari cinta tulus dan sejati..

aku cuma mengharapkan segala yang terbaik untuknya.
dari kerjanya, jodohnya, perilaku dan segala galanya.
aku bangga mendapat seorang abang yang tersangat COOL ini.

tidak ada manusia paling "cool" yang pernah ku jumpa selain dia.
segala apa yang dibuatnya sentiasa "cool".