.
.
.
jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..suasana di bilik prep Form 5 memang lengang dan sunyi. hanya bertamankan bunyi unggas dan kipas yang ligat berpusing melakukan tugasnya. ramai bala tentera sudah terkorban di atas katil, dan beberapa kerat saja yang masih meneruskan perjuangan di kala SPM yang kian menghantui. aku salah seorang prebet yang masih tekun mentelaah buku sejarah dan bertemankan iskan, arip serta dua lagi sahabatku. menguap sudah menjadi mainan mulutku dari tadi,arghh mengantukknya.. tapi aku gagahi juga untuk menghabiskan topik 9.
bersebelahan dengan bilik prep aku, terdapat satu bilik basuhan yang amat jarang digunakan..pernah sewaktu aku di tingkatan 2 atau 3 (maaf da lupa), bilik itu pernah ditutup dari segala aktiviti,sama seperti tandas di tingkat atas blok aspura ni..cerita dari senior terdahulu, dua bilik ini menjadi "laluan" keluar dan masuk "makhluk" tersebut... oleh kerana itu lah, kedua bilik ini dulu ditutup dari digunakan..melihat pada suasana bilik basuhan dan tandas itu pun boleh mendirikan bulu roma yang tak berapa nk ada nie..
topik 9 telah aku khatam, dan aku juga mau ke kamarku menunggalkan sahabat lain yang masih berjuang.. kelakar juga melihat telatah mereka "study" nie, iskan dengan gaya kepalanya tegeleng-geleng macam orang tengah berzikir, arip pulak macam bercakap dengan dinding je.."lantak korang lah" bisik hatiku...
sedang aku mengemas buku, aku terdengar bunyi pili air dibuka, lalu ditutup semula..(*shit)
"sape pulak masok bilik basuh sebelah nie" aku bermonolog sendiri..
aku memandang ke arah rakan ku yang lain, semua seperti tidak mendengar akan bunyi itu..
aku pelik, dan aku menyedapkan hati mungkin perasaan aku saja..
selang beberapa minit kemudian, bunyi pili air dibuka skali lagi...kali ini, lebih jelas..arip memandang ke arah ku...iskan dgn lantang bersuara, "ko dengar x?" die bertanaya..aku terkaku,arip membisu, dua lagi sahabat ku (lupa nama) terkedu (*suasana mati seketika)... iskan nie memang xtau sangat pantang larang melayu, sebab die dari kecil tinggal di Oman..bayangkan, sewaktu tingkatan dua, ayam goreng pun dia tak tahu apekebende tue...sungguh daif :( "apsal la iskan ni tegur bunyi tue" aku berbisik sendiri..aku da mula cuak, iskan yang macam tak faham apa apa pun da mula pucat..
selang beberapa saat, pili air ditutup kembali...kami berempat lega seketika..tiba tiba................ "tang tang tang tang!!" bunyi pintu bilik prep bergegar dengan ketukan yang amat kuat...aku terkesima.."tang tang tang tang!" kali kedua ia diketuk, aku buntu....ketukan itu aku rasa boleh membuatkan semua penghuni asrama bangun dari tidurnya..."tang tang tang tang!"pintu diketuk kali ketiga, mulutku sudah terkumat kamit memaki hamun sapa yang mengetuk pintu tu(*tapi dlm hati je la)..tapi ketukan kali ini, lebih kuat dan ia cukup mencabar kesabaranku kelakianku....aku berjalan ke arah pintu sambil diperhatikan tiga lagi sahabatku....ketukan pintu semakin menjadi jadi...
tang tang tang tang!! "subuh!!subuh!!" jeritan ustaz wan adnan wardenku cukup untuk aku terjaga dari tidur....sambil memukul loker dengan kayunya lalu berteriak "amir amri!!, amende mu dok atah katil agi tue?, harini mu imam..jange mu ghoyak lupo plok" sergah ustaz dengan versi kelantannya... "aduhh!!spoil betul la ustaz neh!!!"

8 die hard fans:
bunyi apa tu...
bunyi air :D
kau imam. alhamdulilah..... sejuk perut aku
Sembah Takziah Atas Kemangkatan
DYMM Sultan Johor
Menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
AL FATIHAH
(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
AMIN
Salam tulus ikhlas dari kami
Warga Johor http://firestartingautomobil.blogspot.com
Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:
1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.
Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.
2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”
3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.
Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”
Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya”
imam ye bang.....hahaha :p
imam ye bang..hahaha :)
imam ye bang....ngeh3.. :p
Salam dari kami http:// firestartingautomobil.blogspot.com
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Terima kasih
Kerana kembara ziarah maya
Membuka ruang, menyingkap dalam
Hingga tersentuh nurani, tercuit imaginasi
Tiada bandingan
mewarnakan hari-hariku
Mewajarkan masa berlalu
Kau tak henti mencetus keinginan
Merangsang pengembaraan
Kau meruntun, menyayat
Memukau
Dan mengasyikkan
Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Post a Comment