Tuesday, December 29, 2009

|| selamat kau masih budak ||

.
.
.
ketika keringat masih lagi membasahi tubuh, badanku masih terasa penat kerana meracun parasit yang tumbuh meliar di kawasan kebun ayahku. aku duduk berehat di anjung rumah usang yg hampir satu abad usianya sambil menikmati kopi yg dibancuh mak long. siaran radio johor dipasang oleh atuk sedang rancak memainkan lagu2 zapin yang kadangkala sedap juga bila didengar. angin yang meniup nyaman cukup untuk membuatku mengelamun sendirian sampai tidak sedar kehadiran anak saudaraku REMY.

" pak usu pandai shuffle x? " kata remy yg baru berusia 7 tahun dengan tiba2 lantas menghentikan lamunan ku sedang bercuti di sabah.

" huh, kenapa ko nih? pergi main jauh2. aku nk layan lagu zapin ni!" tegasku kepadanya.

" ala..remy tanye jer, xreti cakap la xreti " balas anak saudara ku dengan nada yg sinis.

" retila, tapi malas nk tunjuk..pak usu penat" kataku dengan nada yg teramat malas.

" eleh, ye la tue...kalau pandai jom ar kita lawan! " cabar si remy sambil menarik2 tanganku.

" ko nie, tak nampak ke aku tengah penat nie, pergi la ajak atok ngah(ayah aku) tu...dia lagi power dari pak usu" balas aku sambil menunjuk ke arah ayah aku yg sebuk dengan parang dan tong racunnya.

" tanak2, nk pak usu gak, nk pak usu gak" dengan nada yg mengada2.

" ok2, remy buat dulu... nanti pak usu buat plak" pujuk ku..

tanpa membuang masa, dengan berlatarkan lagu zapin dari siaran johor itu, remy memulakan tarian shuffle dengan bersungguh sungguh. tergelak aku melihat perangai anak saudara aku ni. setelah hampir 5 minit budak kecil tu menari, dia berhenti kepenatan. lalu berkata,

" haa, remy da buat..sekarang pak usu lak " kata remy dengan mengah kerana kepenatan.

" eerkk, sebenarnya pak usu xreti la remy " kataku malu2.

" pak usu nie, blaja jer tinggi2..remy baru darjah 1 pon tau shuffle..lenkali kalau xtau, g la tgk kt tenet (utube)!!! " herdik remy dengan muka yang masam, lalu dia pergi meninggalkan ku kebingungan sendiri.

"eh budak nie, selamat ko budak lagi...kalau tak, mau aku parang kepala kau!!! kuaja!" aku bermonolog sendiri.

aku terkesima dengan kata-kata anak saudara ku tadi...waktu aku darjah 1, aku pun tak tahu apa itu komputer...tapi sekarang? hmm zaman dah berubah.. lalu aku pun tersenyum kambing sendiri..



name saye remy

saya suke shuffle

saya juga suka merempit

Wednesday, December 2, 2009

|| berfikir sejenak ||

.
.
.


"Perjalanan menuju ketenangan pasti menemukan kita dengan kegagalan dan kepayahan. Walau apa yang mendatang, hargailah ia kerana ianya sebahagian daripada cebis-cebis kehidupan."
-mohd farwalis bakri.

aku tertarik sgt dgn kata2 budak neh...sori la weh, aku pinjam kata pujangga ko neh buat modal ehehe....kite bukan kalah jika berada di bawah, kita kalah apabila kita xbangkit semula...so bile aku bace je ayat neh, aku rase sume yg aku lalui stakat neh, membuat aku lebih matang dan berdikari....caki,ko telah mmbuat aku berfikir....tenkiu cakiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiwak

Monday, November 16, 2009

|| cari jodoh ||


.
.
.
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengubat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku


Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cubaan


Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau


p/s: tlg wehh, aku butuhkan pertolongan :p






Saturday, November 14, 2009

||..............||

.
.
.
29/01/2010

cepat la masa berlalu..

utk sampai ke tarikh itu..

itu adalah masa dan ketikanya..

utk persoalan yg akan terjawab semuanya :D

p/s: gempak gile ayat aku :p

Monday, November 2, 2009

|| otak penat, hati melarat ||

.
.
.
mse2 cmnie, aku perlukan cuti yg amat panjang dan tidak diganggu oleh anasir2 luar...

gle stressssss.......jiwa tertekan, mata mengantuk, tgn kaku, bdn membeku.

aku nk pergi tempat yg jauh dari habuk2 bandar...


p/s: rasanya mcm nk gi sabah for the second time jer...tp org sabah ckp tiket da sold out for the whole year, betul ke?




Friday, October 30, 2009

|| perlukan bantuan ||

.
.
.

aku rase diri aku hampir ranap dgn keadaan sekeliling..

assignment, presentasi dan exam sudah mula menghantui aku..

xsuke time2 cmni "crunch time".

pengalaman dari previous college byk membantu.

bak kate lecturer aku: " u've got two choice, DO or DIE " albert quek, web multimedia, 2009.

means, aku mmg kne buat. kalau x, rugi jer ape yg aku blaja slama nie.

arghhhhhhhh~~~~~~~~

aku akan menjadi gila untuk beberapa minggu ini..~~harap maklum











Thursday, October 1, 2009

|| Masa Itu Emas ||

.
.
.
korang sume tau kan, masa tu penting.....
walau cmne skalipon kita buat, masa tetap meninggalkan kita.(tik tok tik tok tik tok)
so hargailah masa selagi kita boleh menghargainya :D
eh pukul brape erk skng?





p/s: jam itu penting wakakakka