Friday, January 15, 2010

|| the 1st week ||

.
.
.
semester baru telah bermula...seperti biasa, minggu pertama sesi pembelajaran lah yg paling seronok sekali....

kamu semua: sebab apa mir?
aku: eh sabar la aku nk cerita la nie..jgn gopoh sangat, kawal sikit nafsu tu...

minggu pertama best sebab tak perlu bawak buku, A4 atau sebagainya... lecturer2 yang masuk pasti akan bertanyakan soalan yang sama..

"what your name"
"where do tou live?"
"what's your expectation for this subject?"
"what your interest?"

dan seperti biasa, jawapan yang sama akan ku gunakan setiap semester untuk menjawab soalan2 yang sebegini rupa... (recycle jer ,kadang2 aku ade tambah2 sket bia nmpak jawapan aku tue mcm educated :p )

ade juga staff apiit yang tegur aku, "amir, please dont smile at me,i'm melting and my leg are shaking with ur smile".ahaha itu hanyalah selingan sahaja..(tapi ia pernah berlaku..sumpah aku tipu wehh)
sebenarnya,staff tu cakap macam nie "when you gonna cut ur hair?" aku jawab "soon, miss" hee...rambut pun dah panjang, tapi aku malas nk potong...

kamu semua: kenapa kau malas nk potong?
aku: suka ati aku la, sbok apsl?
kamu semua: kecoh ar kau!!
aku:wakluuuuu!!

aku sambung balik....jadual untuk minggu pertama, boleh tahan la bangang nye....ada dua hari yang mempunyi satu kelas setiap hari..membazir minyak motor, duet, tenaga, perfium, air je. kenapa la scheduler ni tak compile terus satu hari..saje je nak rosakkan harihari bahagia aku.. *sigh

pabila semester ni bermula, aku mempunyai satu masalah belum boleh diselesaikan dalam masa terdekat nie..masalahnye adalah, bangun pagi...dah sebulan aku bangun kol 12 tiba-tiba kena bangun pukul 7a.m lak,adehh..tapi aku agak bernasib baik sebab aku dah ada alarm person yang membolehkan aku bangun pada awal pagi..i'm very appreciate that, thanks a lot...

dah tu jer, aku nak cerita...
maaf tiada plot,intro, klimaks, dan ending yang menarik...
sebab aku sedang sibuk berfacebooking dan berchating :D

p/s: happy birthday mama :p



ini adalah jadual minggu pertama saya...sungguh xbest

Wednesday, January 6, 2010

|| ko mmg coOl aRghh ||

.
.
.
ahmad nazrie bin abd razak.
berusia 27 tahun.
hobi beliau adalah muzik+online game+flirting+bergaya


tidak ada manusia paling "cool" yang pernah ku jumpa selain dia.
segala apa yang dibuat sentiasa "cool".

kelebihannya bermain gitar menampakkannya lebih bergaya.
kulit yang hitam manis ibarat jagung hangus juga seringkali mendapat tempat di hati wanita-wanita yang amat cantik(ni paling aku xpuas hati).


menjadi entertainer di rumah kami, tanpa beliau rumah akan menjadi sunyi..
lawak spontannya sering membuatkan kami tidak kering gusi. mudah mesra kepada sesiapa yang mengenalinya, dan beliau sangat sporting untuksegala apa aspek.

sangat rajin membuat apa jua kerja, dan sangat malas bila suruh die buat
kerja time die sedang mengawal character avatarnya(main game).


walaupon mempunya paras rupa yang agak kacak setanding aku, tetapi masih tidak mempunyai teman istimewa..beliau masih mencari cinta tulus dan sejati..

aku cuma mengharapkan segala yang terbaik untuknya.
dari kerjanya, jodohnya, perilaku dan segala galanya.
aku bangga mendapat seorang abang yang tersangat COOL ini.

tidak ada manusia paling "cool" yang pernah ku jumpa selain dia.
segala apa yang dibuatnya sentiasa "cool".



Tuesday, December 29, 2009

|| selamat kau masih budak ||

.
.
.
ketika keringat masih lagi membasahi tubuh, badanku masih terasa penat kerana meracun parasit yang tumbuh meliar di kawasan kebun ayahku. aku duduk berehat di anjung rumah usang yg hampir satu abad usianya sambil menikmati kopi yg dibancuh mak long. siaran radio johor dipasang oleh atuk sedang rancak memainkan lagu2 zapin yang kadangkala sedap juga bila didengar. angin yang meniup nyaman cukup untuk membuatku mengelamun sendirian sampai tidak sedar kehadiran anak saudaraku REMY.

" pak usu pandai shuffle x? " kata remy yg baru berusia 7 tahun dengan tiba2 lantas menghentikan lamunan ku sedang bercuti di sabah.

" huh, kenapa ko nih? pergi main jauh2. aku nk layan lagu zapin ni!" tegasku kepadanya.

" ala..remy tanye jer, xreti cakap la xreti " balas anak saudara ku dengan nada yg sinis.

" retila, tapi malas nk tunjuk..pak usu penat" kataku dengan nada yg teramat malas.

" eleh, ye la tue...kalau pandai jom ar kita lawan! " cabar si remy sambil menarik2 tanganku.

" ko nie, tak nampak ke aku tengah penat nie, pergi la ajak atok ngah(ayah aku) tu...dia lagi power dari pak usu" balas aku sambil menunjuk ke arah ayah aku yg sebuk dengan parang dan tong racunnya.

" tanak2, nk pak usu gak, nk pak usu gak" dengan nada yg mengada2.

" ok2, remy buat dulu... nanti pak usu buat plak" pujuk ku..

tanpa membuang masa, dengan berlatarkan lagu zapin dari siaran johor itu, remy memulakan tarian shuffle dengan bersungguh sungguh. tergelak aku melihat perangai anak saudara aku ni. setelah hampir 5 minit budak kecil tu menari, dia berhenti kepenatan. lalu berkata,

" haa, remy da buat..sekarang pak usu lak " kata remy dengan mengah kerana kepenatan.

" eerkk, sebenarnya pak usu xreti la remy " kataku malu2.

" pak usu nie, blaja jer tinggi2..remy baru darjah 1 pon tau shuffle..lenkali kalau xtau, g la tgk kt tenet (utube)!!! " herdik remy dengan muka yang masam, lalu dia pergi meninggalkan ku kebingungan sendiri.

"eh budak nie, selamat ko budak lagi...kalau tak, mau aku parang kepala kau!!! kuaja!" aku bermonolog sendiri.

aku terkesima dengan kata-kata anak saudara ku tadi...waktu aku darjah 1, aku pun tak tahu apa itu komputer...tapi sekarang? hmm zaman dah berubah.. lalu aku pun tersenyum kambing sendiri..



name saye remy

saya suke shuffle

saya juga suka merempit

Wednesday, December 2, 2009

|| berfikir sejenak ||

.
.
.


"Perjalanan menuju ketenangan pasti menemukan kita dengan kegagalan dan kepayahan. Walau apa yang mendatang, hargailah ia kerana ianya sebahagian daripada cebis-cebis kehidupan."
-mohd farwalis bakri.

aku tertarik sgt dgn kata2 budak neh...sori la weh, aku pinjam kata pujangga ko neh buat modal ehehe....kite bukan kalah jika berada di bawah, kita kalah apabila kita xbangkit semula...so bile aku bace je ayat neh, aku rase sume yg aku lalui stakat neh, membuat aku lebih matang dan berdikari....caki,ko telah mmbuat aku berfikir....tenkiu cakiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiwak

Monday, November 16, 2009

|| cari jodoh ||


.
.
.
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengubat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku


Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cubaan


Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau


p/s: tlg wehh, aku butuhkan pertolongan :p






Saturday, November 14, 2009

||..............||

.
.
.
29/01/2010

cepat la masa berlalu..

utk sampai ke tarikh itu..

itu adalah masa dan ketikanya..

utk persoalan yg akan terjawab semuanya :D

p/s: gempak gile ayat aku :p

Monday, November 2, 2009

|| otak penat, hati melarat ||

.
.
.
mse2 cmnie, aku perlukan cuti yg amat panjang dan tidak diganggu oleh anasir2 luar...

gle stressssss.......jiwa tertekan, mata mengantuk, tgn kaku, bdn membeku.

aku nk pergi tempat yg jauh dari habuk2 bandar...


p/s: rasanya mcm nk gi sabah for the second time jer...tp org sabah ckp tiket da sold out for the whole year, betul ke?